Copyright © =)
Design by Dzignine
Thursday, November 8, 2012

Syurga.

Bismillahirrahmanirrahim, salam.

Berkata Salim, Khadam Muhammad Bin Ka'ab kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz;

"Sesungguhnya Nabi Adam a.s telah dikeluarkan oleh Allah SWT dari Syurga kerana satu kesalahan sahaja, sedangkan kalian semua sentiasa melakukan dosa. Justeru itu, bagaimana pula kalian boleh mengharap untuk masuk Syurga?"

He's very nice, kan? Told you.

Diceritakan bahawa Nabi Adam berkata: Sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:

1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat

2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang.

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya.

4. Aku berbuat kesalahan di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

Allahurabbi, ya Allah.

Siapa taknak masuk Syurga? Semua orang nak!! Semua!

Tapi yang dicatat, yang di beri perhatian, insan yang berusaha untuk capai cita cita yang satu itu. Semua punya keinginan masuk Syurga, tapi bukan semua berusaha sehabis mungkin. Google lah, yang paling miskin dalam Syurga dapat apa? Kalau kita dapat tu dalam dunia kita dikategorikan paling kaya dalam dunia tau.

Allahurabbi, you're very nice ya Allah.

Seringkali aku terfikir, macam mana cara aku mati? Disebabkan apa? Allah, aku nak mati dalam keadaan bersujud. Aku nak mati dalam keadaan beriman. Aku ingin mati dan waktu itu Malaikat menunjukkan sayapnya yang sebelah kanan, semoga aku mati dalam keadaan tenang dan beriman.

Dan yang buat aku menangis..

Macam mana kalau aku dicampak dalam api neraka? Macam mana kalau aku jatuh dari titian siratulmaut? ya Allah! Aku tak sanggup ya Allah :'(

Bila fikir kan tu waktu malam, aku mula fikir lain, dah nak sampai ke ajal aku? Kenapa benda benda ni semakin menghantui aku? Walhal aku patut bersyukur. Dia mengingatkan aku tentang mati. Mati itu benar. Makin aku ingat mati, makin aku takut, makin hasrat aku nak masuk Syurga membesar. Makin aku cuba taknak buat dosa. Walaupun tiap hari aku tak akan lepas dari melakukan dosa, aku tak akan putus bertaubat. 

InsyaAllahu Ta'ala.

Lets doa for the best, insyaAllah, Allah kan baik. =)

Assalamualaikum.

0 comments:

Post a Comment