Copyright © =)
Design by Dzignine
Tuesday, December 18, 2012

Syukur.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.

Keputusan exam kadang kadang menggembirakan sampai rasa nak melompat. Tapi kadang kadang boleh buat hati kecundang sampai taknak makan. Kesal dah kecewakan sekolah sendiri, ibu bapa, & diri sendiri. Mula menangis meratapi result yang baru dapat tu. Sedihnya bukan main kepalang.

Kebanyakan manusia zaman sekarang ni, kebanyakan eh bukan lah semua. Tak pernah ucap syukur pada Allah. Paling tak pun ucap Alhamdulillah waktu bersin sebab dah terbiasa. Tak pun waktu belahak. Brbbbbbbb, panjang panjang baru alhamdulillah. Kalau tak, sangat jarang.

Cuba tanya diri, pernah kita bangun tidur kita ucap 'Alhamdulillah, ya Allah. Aku diberi peluang lagi dariMu untuk tambah lagi pahala hari ni.' Pernah kita lepas minum air ucap Alhamdulillah? Lepas makan walaupun tak belahak? Pernah ucap Alhamdulillah bila tengok orang cacat lalu lalang sebelah kita? Tak. Kita cakap 'Kesiannya dia...' 

Ye, memang kita kesian. Kita patut kesian. Tapi dalam waktu yang sama kita patut  cakap Alhamdulillah juga. Sebab kita tak macam dia. Ucap Alhamdulillah. He created us perfectly. Alhamdulillah sampai sekarang kita masih dikurniakan tangan, mata, hidung, mulut, kaki, kepala & semua usus dalam badan. Lengkap. Sempurna.

Pernah kau ucapkan Alhamdulillah atas semua nikmat yang Allah beri?

Pernah kau ucap Alhamdulillah bila ma abah kau bagi kau apa apa yang kau mintak? Paling tak, kau ucap 'Thanks, ma/abah.' atau 'YES!'

Sedar tak? Kita sangat jarang ucap syukur pada Dia. Walhal kita sepatutnya tak boleh lupakan Dia walau sesaat. Dia tak pernah lupakan kita, tahu? Siapa kita, siapa?

Lets get back about results and stuffs.

"Alhamdulillah, 8A." tak pun, "Alhamdulillah, berkat hasil usaha aku belajar gigih, mak ayah aku tolong, kawan kawan aku bagi semangat, cikgu cikgu mengajar, aku berjaya. 8A!!!"



adakah kau akan cakap macam tu? atau?



"YES, 8A. Iphone 5/Ipad/Macbook/lain lain... dalam tangan!!"

Ingat, tak semua orang achieve apa yang kita dapat. Kita ni dikira bertuah, tau. Jadi, syukur lah. Ucap Alhamdulillah. Bukan susah. Ikhlas dari hati ucapan tu. Bukan ucap ala kadar. Lepastu kecoh pasal usaha sendiri. Kau usaha macam mana pun, kalau Allah tetapkan kau tak dpat 8A, kau tak dapat tau. Thanks to Allah. Big thanks to Allah. GO.


& yang tak dapat result memuaskan. Cmon, try harder. SPM is waitin for you. Lagipun, okay wait memang this stuffs really very important. Ye la untuk masa depan. Kalau tak, tak makan la kita. Tp ingat, jangan lalai. Terror pmr spm, kena terror agama.

Buat apa kerja hebat hebat?

Buat apa result gempak gempak?

Tapi sampai bab akhirat, bab agama, jatuh kecundang.

Fikir lah, hal dunia atau hal akhirat lagi penting?

Jadilah manusia yang pandai dunia akhirat.

Hidup kat dunia cuma sementara. Untuk collect pahala. Buat amal ibadah. Tentukan masuk syurga / neraka.

Dont forget to put your head on the ground, and say Alhamdulillah, ya Rabbi.
Monday, November 19, 2012

Pray For Gaza!

Bismillahirrahmanirrahim, salam.


Allahurabbi, besar betul dugaan mereka mereka yang di bom Israel, ya Rabb. Tempatkan mereka dalam SyurgaMu ya Allah.

Mohon jangan hentikan doa buat mereka. Bila solat mohon doakan kesejahteraan mereka sekali. Kasihan mereka :-( 

Mengikut apa yang aku dngar, aku baca dan apa yang aku ketahui, mereka, Israel Yahudi Laknatullah, percaya dengan apa yang tertera/tertulis dalam Al Quran. Disebabkan itu mereka bom kita, Islam. Sebab? Mereka takut lah!

Sudah tertera dalam Al Quran, suatu hari nanti Israel pasti hancur. Ada seseorang  yang akan hancur kan mereka. Wallahualam siapa orang itu. Suatu hari ia pasti muncul menghancurkan Israel. Tunggu lah Israel.. Masa untuk hapuskan kau bila bila saja akan tiba. Biarpun kau telah bunuh semua umat Islam, kau pasti akan hancur juga.

Sebab itu mereka bom Gaza, mereka takut akan ada penduduk bumi Gaza akan serang mereka lambat laun untuk hancurkan mereka. Kanak kanak Gaza lah target tetap mereka. Kanak kanak di Gaza ni, hafaz Al Quran tau. Sebab tu, bila mereka dah besar nanti jadi apa, kan? :') Maka Israel pun bom..

Bersabarlah duhai penduduk Gaza, Allah bersama kalian. Syurga menanti. Israel nak rampas semua di dunia sebab mereka tak dapat duduk di Syurga tu. Salam
Thursday, November 8, 2012

Syurga.

Bismillahirrahmanirrahim, salam.

Berkata Salim, Khadam Muhammad Bin Ka'ab kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz;

"Sesungguhnya Nabi Adam a.s telah dikeluarkan oleh Allah SWT dari Syurga kerana satu kesalahan sahaja, sedangkan kalian semua sentiasa melakukan dosa. Justeru itu, bagaimana pula kalian boleh mengharap untuk masuk Syurga?"

He's very nice, kan? Told you.

Diceritakan bahawa Nabi Adam berkata: Sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:

1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat

2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang.

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya.

4. Aku berbuat kesalahan di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

Allahurabbi, ya Allah.

Siapa taknak masuk Syurga? Semua orang nak!! Semua!

Tapi yang dicatat, yang di beri perhatian, insan yang berusaha untuk capai cita cita yang satu itu. Semua punya keinginan masuk Syurga, tapi bukan semua berusaha sehabis mungkin. Google lah, yang paling miskin dalam Syurga dapat apa? Kalau kita dapat tu dalam dunia kita dikategorikan paling kaya dalam dunia tau.

Allahurabbi, you're very nice ya Allah.

Seringkali aku terfikir, macam mana cara aku mati? Disebabkan apa? Allah, aku nak mati dalam keadaan bersujud. Aku nak mati dalam keadaan beriman. Aku ingin mati dan waktu itu Malaikat menunjukkan sayapnya yang sebelah kanan, semoga aku mati dalam keadaan tenang dan beriman.

Dan yang buat aku menangis..

Macam mana kalau aku dicampak dalam api neraka? Macam mana kalau aku jatuh dari titian siratulmaut? ya Allah! Aku tak sanggup ya Allah :'(

Bila fikir kan tu waktu malam, aku mula fikir lain, dah nak sampai ke ajal aku? Kenapa benda benda ni semakin menghantui aku? Walhal aku patut bersyukur. Dia mengingatkan aku tentang mati. Mati itu benar. Makin aku ingat mati, makin aku takut, makin hasrat aku nak masuk Syurga membesar. Makin aku cuba taknak buat dosa. Walaupun tiap hari aku tak akan lepas dari melakukan dosa, aku tak akan putus bertaubat. 

InsyaAllahu Ta'ala.

Lets doa for the best, insyaAllah, Allah kan baik. =)

Assalamualaikum.
Thursday, November 1, 2012

Ujian.

Bismillahirrahmanirrahim, salam.

Kita semua dah tahu, ujian yang Allah bagi terkadang ada yang ringan dan yang berat. Itu biasa. Sebab Allah nak uji kita. & untuk menghadapi tiap ujian tu, yang kita perlu bukan lah senjata, atau benda lain selain kekuatan & kesabaran. Itu je. Kita perlu tu untuk handle.

Dan untuk mengatasi masalah, kena slow... slow... Paling baik, doa. 


'Doa orang yang teraniaya akan termakbul.'


Mintak petunjuk Dia.

Mengadu, lah. Sebab Dia Maha Mendengar & Maha Melihat. Allahurabbi.

Dia tahu tahap mana kesanggupan kita untuk hadapi semua. Hello, He created us, okay? Maka Dia tahu kelemahan kita, kekurangan kita =)

Sabar lah, itu yang paling indah. Nak bersabar, memng agak susah. Pahit. Rasa stress. Tapi buahnya manis, Allah balas perbuatan baik dengan perkara yang baik. Syurga & Neraka itu benar dan wujud. Hidup kat dunia cuma sementara.


'Jangan putus asa sebelum bertempur.'


Sabar, hadapi ujian, ingat Dia sentiasa. Sentiasa. InsyaAllah Syurga akan jadi tempat tinggal kita nanti ^^ Itu yang kita semua harapkan, kan. Syurga..... Oh My!!!! Teringin. Sangat.

lepas lintas dari titian sirat... hm =') salam.